aKu Hanya InSan Biasa
Insan yang pernah membuat kesilapan
sama seperti orang lain..
hari ini aku menasihati orang lain
esok...orang lain pula akan menasihati aku
hidup ini bagaikan roda
sekejap kita di atas
sekejap di bawah
jadi, beringatlah...
ketika kita jatuh
janganlah kita terus jatuh kerana kecewa
bangunlah semula
kuatkanlah hati
kuatkan iman
biarlah perkara lalu terus berlalu
jangan sesekali pandang belakang
kerana ia akan mengundang kesedihan
Ya Allah...
bantulah hambaMu ini...
demi menepuh hari esok
tanpaMU siapalah aku
tanpa RedhaMU
tanpa kasih sayangMU
tanpa cahaya hidayahMU
mungkin aku hanyut
dilautan yang xbertepi..
Alhamdulillah....
Syukur aku panjatkan kepadaMU
kerana sudi memberi nafas kepada hambaMu ini
membiarkan darah dari jantungku ini mengalir
membiarkan oksigen masuk melalui trakea kurniaan Mu ini
merentasi dinding-dinding alveolus
Terima kasih Ya Allah...
kerana masih memberi peluang..
untuk hambaMu ini
bertaubat...
dari dosa dan noda semalam
aKu...
hanya insan biasa
bantula aku
bimbinglah aku
kerana aku masih lagi mencari-cari
sinarMU
Sunday, May 17, 2009
aKu InSan BiaSa
Posted by azzy at 11:50 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment